Resepi Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Assalammualaikum, selamat datang ke blog Diyaaa.com. Hari ini Diyaaa ingat nak masak nasi tomato berserta ayam masak merah untuk keluarga tercinta di hujung minggu ni. Diyaaa taktau nak masak apa sebenarnya. Ternampak lah Facebook post pasal resepi nasi tomato tadi. Maka rajin lah diri ini. 🙂

Sila lah lihat dan ikut resepi nasi tomato dan resepi ayam masak merah Diyaaa ini. Semoga bermanfaat ya! Bismillah. (:

resepi nasi tomato in pan

Kita mulakan dengan resepi nasi tomato dahulu, mari mula dengan bahan bahan untuk membuat nasi tomato ini. Seperti berikut:

Bahan-Bahan Resepi Nasi Tomato

  • 1/3 cawan minyak sayur
  • 2 1/4 cawan beras basmathi
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu besar susu cair Ideal
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji bawang merah dipotong dadu
  • 1 biji bawang putih dicincang
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 inci halia segar dicincang
  • 2 biji tomato dicincang
  • Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang

Cara Penyediaan Resepi Nasi Tomato

  • Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan kacau sehingga keemasan dalam 10 hingga 15 minit.
  • Dah tumis masukkan tomato, sos tomato, susu cair, daun pandan dan garam.
  • Dah didih masukkan beras kacau rata.
  • Pindah ke rice cooker dan masukkan air dan biarkan hingga masak.
  • Kacau sekali, sehingga nasi lembut dan wap diserap, 15 hingga 20 minit.

Kemudian, mari kita tengok macam mana resepi ayam masak merah saya. Lihat lah di bawah ni! Enjoy!

Bahan-Bahan Ayam Masak Merah

Bahan A

  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar dipotong gelang atau bulat
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Minyak masak secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Bahan B

  • 15 tangkai cili kering Kisar
  • 2 inci halia dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 labu bawang besar dikisar
  • 2 batang serai dititik
  • 4 biji tomato

Cara Penyediaan Ayam Masak Merah

  • Ayam dipotong kecil dan dicuci hingga bersih.
  • Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit
  • Kemudian goreng sehingga masak.
  • Angkat, tos dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, tomato, garam dan gula secukup rasa.
  • Gaulkan sehingga sebati. Siap dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.

Voila! Sungguh senang sekali resepi nasi tomato dan resepi ayam masak merah saya kan? Diyaaa harap anda semua dapat lah buat masakan ini. Sangat mudah! Komen di bawah untuk sebarang pertanyaan atau feedback ya. Kongsi resepi ini bersama kawan kawan anda supaya semua orang dapat membuat nasi tomato mengikut resepi mudah ni. Oh, lihat resepi nasi ayam saya juga tau. Assalamualaikum 🙂

Facebook Comments
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *