Resepi Nasi Goreng Kampung (10 bahan & 10 langkah)

Hey guys! Here I share one of my all-time favorite recipes with you. RESEPI NASI GORENG KAMPUNG! And I really do mean ALL-TIME recipe. Because fried rice and I, we had personal, like we go waaayyyy back!

Eh terspeaking pulak, any way, nasi goreng kampung adalah kegemaran saya tak kira dimana. Sangat mudah disediakan dengan bahan yang mudah. Resepi nasi goreng kampung saya ni amat sesuai untuk orang yang suka benda mudah dan simple.

Teringat mula-mula dulu, semuanya bermula dengan lebihan nasi yang dah sejuk. Jika anda seperti saya yang selalu jarang merancang terlebih dahulu, pastikan anda memasak nasi anda terlebih dahulu dan biarkan nasi untuk sejuk sepenuhnya atau letak di dalam peti sejuk. Betul tak?

Nasi goreng adalah terbaik apabila dibuat dengan nasi sejuk. Anda juga boleh memasak nasi pada malam sebelumnya. Semakin lama nasi dibiar sejuk lebih baik rasanya!

resepi nasi goreng kampung nasi

Mari kita ikuti resepi nasi goreng kampung mudah saya ini. 10 bahan dan 10 langkah sahaja diperlukan! Pasti anda tidak menyesal dan akan buat lagi kemudian hari.

10 Bahan:

  • 1 mangkuk kecil nasi sejuk atau nasi semalam
  • 2 ulas bawang merah kecil *
  • 2 ulas bawang putih *
  • Ikan bilis *
  • Cili padi ikut kesesuaian *
  • Sedikit belacan *
  • Sayur kangkung, ambil daun sahaja
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Serbuk ikan bilis

10 langkah menyediakan dan memasak nasi goreng kampung:

  1. Tumbuk semua bahan bertanda *
  2. Kemudian panaskan minyak sedikit.
  3. Tumis bahan bertanda *
  4. Masukkan telur, gaul rata sampai garing
  5. Masukkan garam secukup rasa
  6. Masukkan serbuk ikan bilis secukup rasa. Jangan banyak sangat, nanti masin
  7. Masukkan kangkung, gaul hingga rata
  8. Kemudian masukkan nasi dan gaul lagi
  9. Sudah siap! Boleh tabur dengan ikan bilik goreng dan sambal belacan.
  10. Sedap hingga menjilat jari!

Dengan resepi nasi goreng kampung 10 bahan dan 10 langkah ini, kita hanya mengambil masa 20 minit untuk disediakan. Sangat mudah!

Nasi goreng adalah cara yang baik untuk mengelakkan pembaziran lebihan nasi yang telah dimasak. Anda boleh menggantikan mana-mana sayuran yang ada mengikut citarasa anda. Anda juga boleh menggunakan ayam, daging atau udang dan sotong mengikut kesesuaikan dan kesenangan anda. Selamat mencuba! Assalamualaikum.

Anda mungkin berminat:

Facebook Comments
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *