Resepi Kek Batik

resepi kek batikResepi kek batik yang mudah dan lazat.

Kek batik adalah kek yang paling mudah untuk disediakan. Kek ini tidak perlu dimasak atau dibakar dan hanya perlu menyediakan fudge (salutan) untuk menggabungkan biskut, yang mana kek ini mendapat nama nya melalui corak seperti batik apabila di potong.

Kek batik juga tidak memerlukan bahan-bahan yang berkualiti serta mahal. Oleh itu, terdapat pelbagai cara yang berbeza untuk membuat kek ini. Namun bahan asas yang perlu ada hanyalah biskut Marie atau sebarang biskut yang anda sukai seperti biskut tiger, cream cracker jacob atau hap seng dll, serbuk coklat seperti Milo atau Vico, mentega dan susu pekat.

Anda boleh membuat kek dengan atau tanpa telur, dan menambah resepi lain seperti menggunakan serbuk koko, serbuk kopi atau kekacang mengikut selera anda. Dengan menggunakan telur, kek batik yang dihasilkan lebih bertekstur seperti kek (lembut dan spongy) serta adunan coklat lebih mesra dengan biskut dan kekacang.

Untuk resepi kek batik yang ini, anda boleh menghancurkan biskut menjadi kecil atau hanya membiarkan biskut dengan saiz asal dan mengaturnya dengan baik. Pastikan anda menyediakan sehari sebelum supaya biskut menjadi lembut atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong sejuk untuk disajikan semasa minum petang atau sebagai pencuci mulut.

Bahan-bahan

  • biskut marie secukupnya
  • 2 cawan milo
  • 1 buku buttercup
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 biji telur

Untuk hiasan:

  • badam dihiris (pilihan)

Cara membuat kek batik

  1. Larutkan susu pekat, serbuk koko, milo serta sedikit air dan gaul hingga sebati.
  2. Cairkan butter dalam periuk menggunakan api kecil.
  3. Masukkan campuran serbuk koko tadi dan masak hingga mendidih.
  4. Gaul hingga sebati, halus dan pastikan tiada yang berketul-ketul.
  5. Pukul telur dan masukkan ke dalam campuran coklat yang hampir pekat
  6. Masukkan esen vanilla, gaul sebati dan padamkan api.
  7. Susun biskut marie yang telah dipatahkan (boleh patah 2 atau 4, tapi jangan sampai hancur) dalam bekas/loyang yang telah dialas mentega, kertas minyak atau plastik.
  8. Curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan.
  9. Lapis lagi dengan biskut marie kemudian curahkan lagi dengan adunan dan ratakan.
  10. Ulangi hingga adunan habis, ratakan dan tekan hingga padat.
  11. Hiaskan dengan badam yang dihiris (pilihan). Biarkan kek sejuk untuk sejam kemudian tutup dan disejukkan semalaman.

Petua: * Sukatan susu pekat boleh dikurangkan jika terlalu manis untuk rasa anda.

** Anda boleh menggunakan sebarang serbuk minuman coklat seperti Milo, Vico, Cadbury dll atau juga boleh menggunakan bar coklat.

*** Anda juga boleh menggunakan topping lain seperti cream cheese ( sukatan: 250g cream cheese + 1/2 cawan susu pekat ) selain cip coklat dan chocolate rice di atas kek.

****Hirisan kek boleh disimpan dalam bekas ketat udara sehingga 1 minggu di dalam peti sejuk.

Anda juga mungkin berminat untuk baca ini:

Rukun umrah